buku
Image and video hosting by TinyPic

Anak Kucing Bermata Satu Ditemui!


Seekor kucing yang dilahirkan mengalami kecacatan kekal di bahagian mukanya. Anak kucing yang baru dilahirkan ini dari Kampung Paya Jaras Dalam, hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung. Bagaimanapun, ia dilaporkan telah mati selang beberapa jam setelah dilahirkan. Di bawah merupakan gambar kucing pelik bermata satu itu.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing pelik digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet. Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia. “Mungkin ada yang menyangka kucing pelik ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Unik dan Aneh dengan judul Anak Kucing Bermata Satu Ditemui!. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://zulbook.blogspot.com/2013/02/anak-kucing-bermata-satu-ditemui.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - Saturday 23 February 2013

Belum ada komentar untuk "Anak Kucing Bermata Satu Ditemui!"

Post a Comment